Minggu, 28 Agustus 2011

an eye for an eye

Kekadang kita rasa yang perbuatan jahat orang pada kita tidak adil dan kita mangsa kejahatannya itu, lalu kita mesti memikirkan balasan atas apa yang berlaku kepada kita, paling tidak pun kita mahu menerangkan atau menjawab kalau kejahatan itu umpatan atau kejian, celaan dan hinaan.
kalau orang hina kita, kita mahu menghinanya balik, kalau keji, kita cepat-cepat menempelaknya semula. .. eleh.. dia ingat dia baik sangat, kubur masing-masing la.. masing-masing jaga lah.. tak paayah lah engkau nak sibuk jaga tepi kain aku.. dan bagai.. kekadang serangan verbal kita lebih hebat dan sengit daripada kejian dan hinaan yang kita terima.. yang penting hati kita puas..
lebih malang kalau kita sampai jumpa bomoh untuk sihirkan dia sebagai balasan ,..semuanya untuk memuaskan hati yang sakit , geram, benci dan dendam.
selalu kita lupa yang sebenarnya memaafkan itu jauh lebih baik dan afdhal. kita alpa bahawa kemaafan itu adalah sifat rasul junjungan tercinta. kemaafan membawa kekuatan rezeki yang besar. kemaafan membuahkan cinta TUHAN terhadap kita.  memaafkan menerbitkan keimanan yang sangat manis tatkala mana kita berjaya menelan kepahitan rasa marah kita dan membuangnya jauh dari lubuk hati.
masyaallah.
bila mana kita mampu untuk sentiasa ingat,.. ahh segalanya dari TUHAN . sebagai balasan dosa kita atau sebagai ujian untuk meningkatkan keimanan kita. nescaya saat itu barulah kita mampu mengatakan , yang kita beriman dengan TUHAN, beriman dengan malaikat, beriman dengan rasul, beriman dengan kitab, beriman dengan hari qiamat dan beriman dengan qada dan qadar TUHAN.
jika kita berupaya untuk ingat bahawa hidup ini hanya sementara , sekadar mencari perbekalan untuk hari yang kekal abadi dan semua kejahatan orang kita nampak tidak lain sebagai ujian TUHAN, maka kita dengan mudah juga memaafkan, maka saat itulah kita layak menggelarkan diri kita hamba..,- hamba TUHAN.
ketahuilah, tidak suatu apapun yang berlaku kepada kita sehingga kita merasa sakit atasnya, kecewa, sedih atau terluka, melainkan rasa itu akan dikira sebagai penghapusan dosa kita dan kita menerima pahalanya atasnya selagi mana kita redho, sabar, tenang dan ikhlas menerimanya sebagai ujian hidup kita.
tiada daya dan upaya melainkan dengan izin TUHAN. kita tiada kuasa, TUHAN yang maha berkuasa. makhluk tiada daya, TUHANlah yang melakukan segala-galanya. lalu, hilangkan konsep an eye for an eye. tiada sebab untuk kita membalas sesuatu kerana kita hanya hamba, serahkan segalanya kepada TUHAN yang maha berkuasa,.. Dialah yang mengatur segalanya.  kepadaNYA lah kita kembali.
   

0 komentar: